Bajet 2023 | Jika ada keluar manifesto, ia hanya janji, belum tentu ditunaikan

2022-10-08 0

Bajet 2023 yang dibentangkan pada Jumaat adalah bajet yang telah mempunyai dana dan sedia untuk dilaksanakan sepenuhnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedia untuk melaksanakan semua perkara di dalam bajet itu dan ia berbeza dengan manifesto kerana ia belum tentu boleh ditunaikan.